Saturday, February 5, 2011

Cinta itu membawa ke syurga =)


Seorang Arab BAdwi bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Bilakah berlakunya hari kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah SAW tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula, "Apakah yang telah engkau sediakan untuk mengahadapinya?"

Orang Badwi itu menjawab "Aku tidak menyediakan dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu."

Mendengar jawapan orang badwi itu, Rasulullah SAW terus bersabda yang bermaksud: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak." (Muttafaq 'alaih)

Alangkah bertuahnya jika cinta itu benar, betul dan tepat - kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersama dengannya di neraka!

Itulah peri agung dan pentingnya cinta. InsyaAllah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah SAW itu akan bersama di syurga. Ya, kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa didunia di akhirat nanti. Itu kepastian yang diberikan oleh Rasulullah sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah. FirmanNya yang bermaksud: "Sesiapa yg mencintai Allah, maka ikutlah Aku" (Surah Ali 'Imran 3:31).

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki, tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. (^^)
hehe-ihopeuknow

1 comment:

Qaisara Jannah said...

Rabbi ~ baru ana tahu sape update. mabruk alaika akhi.