S=Semangat, Y=Yakin, A=Amanah, B=Bijaksana, A=Amal Soleh, B=Berdikari
S = Semangat | SEMANGAT yang kental dalam menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan. |
Y = Yakin | YAKIN dengan pegangan, “Tiada Tuhan selain Allah yang menjadi matlamat kami, Muhammad Rasulullah sebagai contoh ikutan kami, Al-Quran kalamullah sebagai panduan kami, jihad jalan kami, mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami”. |
A = Amanah | AMANAH sebagai hamba Allah, sebagai Khalifah di atas muka bumi Allah (menegakkan agama dan memakmurkan dunia dengan agama) dan amanah sebagai sebaik-baik umat yang dijadikan untuk menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. |
B = Bijaksana | Jadilah pemuda yang BIJAKSANA; yang padanya memiliki 3 konsep: 1. Al-Quranik (menjadikan al-Quran sebagai panduan asas), 2. Ensiklopedik (Mempelajari, menceburi, dan memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang dan lapangan ilmu duniawi dan ukhrawi atau ilmu Fardhu a’in dan Fardhu kifayah), 3. Ijtihadik (mampu membuat keputusan yang menjadi “solution” iaitu penyelasai kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat sekelilingnya). |
A = Amal soleh | Melaksanakan AMAL SOLEH secara berterusan, sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, melaksanakan apa yang disuruh dan dalam masa yang sama sentiasa berusaha untuk tidak melakukan maksiat dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. |
B = Berdikari | Pemuda yang mampu BERDIKARI (berdiri di atas kaki sendiri), dan sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, jauh sekali menjadi beban dan menyusahkan orang lain. |
No comments:
Post a Comment