Saudara,
Ada beberapa faktor yang menjadikan manusia resah gelisah . Di antaranya ialah manusia bersedih dan resah gelisah dalam mencari sesuatu. Saudara ingat peristiwa Hajar ketika mencari air untuk anaknya Ismail as. Anaknya menangisa dahaga, kelaparan, dan Hajar belari ke Marwah, berlari ke Safa, ke Marwah, ke Safa, ke Marwah, untuk mencari air..
Saudara. Dalam hidup ini apa yg kita cri?? Jawpnya berbagai.. ada yang mencari harta, ada yang mencari teman sejati, ada yg mencari keseronokan, ada yang mencari hiburan, ada yang mencari benda yang pelik2. Apa pun yg kta cari, kadangkala ia membawa kegelisahan dan keresahan dihati – apakah akan bertemu ataupun tidak??
Sodiki… kalau ana bertanya kepada antum, apakah pencarian yg lbih bsar drpd mencari Tuhan? Apakah pencarian yg lebih bermakna, yang lebih hebat dari mencari Tuhan?
Saudara. Tidak ada nikmat selain bertemu dgan Khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Allah SWT. Dan Alhamdulillah, dengan nkmat yg dibwa oleh Islam, iman yang dbwa baginda Rasulullah SAW, kita mengenal tuhan kita.
Keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang memberikan segala apa sesuatu kepd kita. Semua mereka yg tlah menemui Allah SWT adlah mereka yg tenang. Sbb itu mereka sentiasa ingt kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan dihati mereka. Hilang segala keresahan, kedukaan dan kesedihan.
“Orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah. Tidakkah dengan menyebut nama Allah akan tenang hati?” Ar-Ra’du ayt 28
Sdr rahimakumullah,
Selain drpda itu, rasa gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada org gelisah kerana tkut tdk dpt sesuatu. Dia tidak yakin dengan Allah. Dia lupa bhwa Allah yang memberikan rezeki, Allah yg mengurniakan rezeki, menentukan rezeki, kdar rezeki untuk seseorg.
Bukankah Nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. Biar terdetik dhati kita bhwa Allah yg memberikan rezeki ak yg banyak, Hanya tigasku pergi mencari rezeki tersebut..
Yakinlah saudara…. Keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kesedihan, kegelisahan, kedukan dhati.
Takut Hilang
Saudaraku..
Setelah manusia dpt sesuatu, dia memiliki sesuatu, maka timbul suatu mcm kesedihan, keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi dukacita. Mengapa harus demikian?
Laa Tahzan! Jangan bersedih. Bukankah apa yg Allah kurniakan kpada kita hanyalh pinjaman sementara. Tiada yg kekal. Kullu man Alaiha Faan, wayabqa wajhu rabbika zuljalali wal ikram. Tiap sesuatu di muka bumi ini akn binasa. Yg kekal hanyalah wajah Tuhanmu yg maha suci, maha mulia. Surah ArRahman ayt 26,27.
Saudara sekalian.
Allah beri, Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat org meminjam? Kita hanyalh meminjam harta darpd Allah SWT. Dan jikapun kita katakan bhwa kita pemegang amanah Allah, maka sifat org yg memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada pemiliknya.
Ketahuilah, hidup kita, mati kita, semua yg kita miliki, adalah milik Allah.
Saudara. Mata ini bukan milik saya. Suatu masa ia akn kabur, dan ia akan hilang begitu shaja. Telinga mulut, yang boleh berkata-kata, tangan yg boleh bergerak, tubuh yg ada tenaga, yg boleh berjalan, kaki yg boleh melangkah ke mana saja, semua ini hanyalh pinjaman sementara. Berapa lama? Hanya Allah yg mengetahui.
Maka jika itu kita yakni, apabila kita kehilangan sesuatu, apakh kita akn bersedih? Tidak, kita tidak akan bersedih.
*copcop.. nk exercise tngan jap.. letih tangan ketekketek keyboard ^^’
Sedih kerana Masalah
Sodiki. Allah benar janji-Nya. Apabila musibah menimpa diri kita, Allah tarik balik sedikit shaje dari kuriniaNya. Mengapa harus berduka cita?Mengapa harus bersedih? Bukankah itu tanda bhawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yg lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yg lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kpada Allah, bhwa Allah, menentukan segalanya. Yakinlah.
La Takhaf walaa tahzan
Kawanku… kadang2 manusia merasa dukacita kerana beban hidup. Maslh jiran, kerja, kwan sebagainya.. Maka dia bersedih, berdukacita, jiwanya tertekan.
Saudara….. mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dgan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dgan masalah. Orang yg tidak mahu berdepan dgan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Maslah yang besar yang ttp kita akn hdapu ilah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yg lebih bsr drpd itu.
Apakah ada masalah yg lebih bsar d dunia ini selain darpida masalh berdepan dgan hasutan syaitan dengan iblis? Syaitan yg sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yg besar. Sebab itu mujahadatun-nafs – melawan nafsu, melwan syaitan, melawan iblis itu asa perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Ini masalah yg perlu kita hadapi. Adapun selain drpada itu anggaplah ia asam garam kehidupan..
Masalah yg kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya org yg sudah bnyk melalui masalah, dia menjdi manusia yg tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yg dia hadapi.
Saudaraku.. yakinlah dengan sebarang maslah diserahkan kepd Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yg menentukan.
Sedih kerana kesalahan ~.~
Wahai saudara.
Apakah pernh saudara dilanda kesedihan, kegelisahan, akibat dosa? Ya, dosa. Kita melakukan kesalahan Tidak ada manusia yg terlepas drpda melakuakn kesalahn.
Saudara, Terkadang kesalahan kita itu terlalu mencengkam perasaan kita. Akhirnya kita bersedih. Ada orang begitu murung, sedih, tak boleh buat apa, kerana kesalahan kesalahan yg menghantui dirinya. Dia melakukan dosa kepada emaknya, bapanya, kepada adik beradiknya, kepada gurunya, sahabatnya, kepada siapa shaja.
Apakah ada dosa lebih besar selain dari dosa kita kepda Allah, rabbul jalil?
Tapi mengapa harus bersedih? Bukankah Allah maha pengasih maha penyayang? Bukankah Allah ghafuur? Bukankah Allah ghaffaar? Bukankah Allah tauwaab?
Allah maha pengampun… Allah penerima taubat.
Iman….. ^^,
Kita harus sedih, kita harus dukacita apabila kita tidak dapat mempertahankan iman kita. Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Di akhir zaman ada orang yg beriman diwaktu pagi namun kufur di waktu petang, ada org beriman di waktu ptang kufur d waktu pagi.”
Saudara, tergamakkah kita untuk masuk golongan tersebut?
Kalau kita ingin bersedih, bersedihlah jika kita kehilangan iman kita. Iman itu mutiara. Ia amat berharga. Malah iman lebih dri mutiara. Iman adalah hidup kita. Tanpa iman, siapa kita disisi Allah?
Tanpa iman, di mana letaknya kita sebagai hamba Allah? Berapa lama kita ingin hidup d dunia ini? Seratus tahun? 200 tahun? Atau 1000 tahun? Tidak mungkin saudara…
Kita datang dari allah, kita akan kembali kepada Allah. Kullu nafsin zaa-iqatul maut.
“Tiap yg bernyawa pasti akan mati”.
Jadi stakat ni sajee.. yg dpat ana kongsikongsikan buat saudara sekalian.. *mksud saudara kt sini bukan untuk laki je* heee
Jadi apa yg kita boleh ambil kita ambil.. walau pun xlh ambik tpi kene ambik.. -_-
Assalamualaikum~
by.. ur frenzzz.
No comments:
Post a Comment