Saturday, May 14, 2011

Epilog Rindu T_T

Assalamualaikum ~ :)





Prolog:
Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata

Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang

Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan

Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…



Tinta FH ; Bismillah. ehem ehem. banyaknya perubahan yg terjadi kat blog ni sepanjang sehari ana tak online. takpe takpe, aiman ana tak kisah ~ sejak beberapa hari ni semua admin post pasal ukhuwah. ana pun nak mencelah.


Entry nukilan ukhti Wan Aishah Fariha ; Klik SINI
Entry nukilan akhi Muhammad Arif Hakimi ; Klik SINI 


alhamdulillah, at least kita masih sedar betapa pentingnya ukhuwah fillah. jom hayati lagu Epilog Rindu ni. semoga antum tahu, yg ana tak nak epilog ukhuwah kita jadi duri-duri yang mencalar dan melukakan. biarlah epilog rindu ni semanis madu, mampu membuatkan semua orang tersenyum kegembiraan. -kegembiraan ni translate dalam bahasa arab eh hhi ;p -


ouh, maaf ya sebab header tu err err -____-" maklumlah, ana reti photoscape je, dok macam ketua kelas kite tuu. 

wallahua'lam bissawab, assalamualaikum. ;)

2 comments:

Lavenderaf said...

dakyoh ah tulis name sy. T_T

2 Ibnu Sina 2011 said...

eheks, sudah tertulis youu :P