Monday, May 30, 2011

Lelaki..

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Kembalilah pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki yang dulu,
Lelaki acuan Madrasah Rasul.

-Syabab Musafir Kasih-

*Syabab - Pemuda-pemuda
*Al-Mu'tasim - If I'm not mistaken, seorang khalifah pada zaman Abbasiyah. [Khalifah Al-Mu'tasim]
*Deen - Agama
*Al-Farouq - Saidina Umar Al-Khattab
*Zunurain - Saidina Uthman bin Affan

Tinta ana ; Maaf sebab tak bagi salam. Assalamualaikum. :) Act ana tak tahu nak mukadimahkan entry ni macam mana. 

Wahai muslimin, tidak terusikkah ego antum membaca kalam sepi dari seorang muslimah ini ? Erm, sejujurnya, andai ana seorang LELAKI, ego ana pasti benar-benar terusik apabila membaca warkah ini. Ego ana pasti semakin luntur.. kerana kecewa, tugasnya sebagai syabab pemimpin ummah tidak dilaksanakan. 



Rijal dijadikan pemimpin buat nisa'. Ya, antum yg sepatutnya memimpin kami. Hmm, tidak malukah antum membaca luahan hati jundullah ini ? Adakah antum yakin, semangat jihad antum mampu menandingi roh jihad jundullah ini ? Ya, seorang jundi dari kaum nisa'. 

Memang medan dakwah yg kita lalui sedikit terbatas dek usia yg masih muda. Jadi, buat masa sekarang, apa kata kita islah nafsi dulu ? Kita perbaiki diri kita dulu, kemudian kita cuba untuk menyeru mad'u. InsyaAllah, kita mampu menjadi qudwah hasanah buat orang di sekeliling kita.

Wahai Syabab,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, Syabab !

-Syabab yg dimaksudkan ialah nama seorang watak dalam novel Syabab Musafir Kasih, tapi why not kita bayangkan kitalah 'syabab' itu ? 

Bangunlah wahai syabab, sedarlah wahai fathayat, ayuh kita muhasabah, mujahadah dan islah diri kita. =)

by ;

No comments: