Thursday, May 26, 2011

Selamat Bercuti!

assalamualaikum ;)
alhamdulillah ya Rab~ =’)

Sedar tak sedar dah setengah tahun kita bersama kan? Sedar tak sedar dah habis penggal 1. Sedar tak sedar kita dah habis lalui peperiksaan pertengahan tahun. Sedar tak sedar umur kita dah semakin meningkat. Sedar tak sedar kita semakin menghampiri kematian. Sudah bersediakah kita? Samasama kita renungkan.

Mesti semua tengah happy sebab cuti sekolah dah tiba tapi jangan lupa buat suruhan Allah ye? Kerja sekolah jangan lupa siapkan. Cuti sekolah ni jangan asyik buk fb je, tapu buka la buku teks juga walaupun dah habis peperiksaan. "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"

Bersyukurlah dengan apa saja yang kita ada. Hargai apa yang ada di sekeliling anda kerana Allah itu Maha Adil. Bila kita tak ada yang ni, Dia bagi yang tu. Bila kita tak ada yang tu Dia bagi yang ni. Jadi bersyukurlah. 

Hargailah kawan anda semua. ucapkanlah rasa sayang kita kepada mereka tapi jangan lah nak jadi gatal gelenya cakap pada yang berlainan jantina. "jangan biar kehilangan mengganti lafaz yang terpendam." ucap sekrang sebelum mereka tinggalkan kita semua.



Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat
dan apa apa yang memahitkan didunia akan memaniskan
seseorang itu di akhirat InsyaAllah. Selamat beramal sepanjang bercuti!



No comments: