Sunday, June 12, 2011

Allah Knows The Best =)

Assalamualaikum sahabat fillah sekalian ~ =) Hopefully antum sihat mental dan fizikal. *Ada jugak orang yg mentalnya tak sihat sebab dah dapat result imtihan lepas tu frust dan ada jugak orang yg fizikal tak sihat sebab over-reacted jerit "GOLLLL" masa tengok bola semalam*


Hari ni sesampainya ana di sekolah, semua cakap pasal bola, termasuk muslimat. =P Takpe, semangat kesukanan tu penting. The most important is ; bila cakap pasal bola, kita tak cakap pasal result exam. *Panjang teyh mukadimah*


Alhamdulillah, tadi dah dapat result untuk beberapa subjek such as Bahasa Arab dan Science. Mabruk 'ala najahikum fil imtihan. Kalau tak capai target, redha jelah sebab you get what you deserved to. Semakin banyak antum usaha, insyaAllah semakin baik result tu.


Bagi yg tak capai target pulak, chill je ~ Allah has something better for us. 


"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Al-Baqarah ; 216.


Maybe benda tu tak baik untuk kita, tapi Allah sembunyikan sesuatu yg lebih baik di sebaliknya. Kalau dapat markah rendah, means kita kena usaha more and more. Bukannya putus asa. Berputus asa tu bukan sifat seorang mukmin.


Muhasabah balik diri kita. Mungkin usaha kita belum cukup untuk kita capai target kita, mungkin jugak hubungan kita dengan Allah masih belum mantap. 


“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal.” - Ali Imran ; 159


Andai target tu berjaya dicapai, jangan biarkan perasaan riak bersarang di hati. Ingatlah, ilmu yg kita ada semuanya milik Allah. Tak ada satu pun di dunia ni milik kita. Semuanya milik Sang Khaliq. Allah boleh ambil ilmu yg diberikan kepada kita dalam sekelip mata. 


"KepunyaanNyalah segala rahsia langit dan bumi. Dan kepadaNyalah dikembalikan segala perkara. Oleh kerana itu pujalah dia dan bertawakallah kepadaNya. Tuhanmu tidak akan alpa terhadap apayang kamu kerjakan." - Hud ; 123




Akhir kalam, jangan bersedih dengan result tu. La tahzan, innallaha ma'ana ~ =) Allah bersama kita. Kalau niat kita belajar sebab nak tolong ad-din Allah, insyaAllah Allah pun akan tolong kita.


"Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." - Muhammad ; 7.


Yakinlah dengan janji-janji Allah. ^^, Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yg terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa. Tetapi renunglah dan ketahuilah kerana mungkin air mata itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah langkah yg tersasar dari keikhlasan. Andai antum jatuh, bangunlah. Andai antum rebah, tabahkan diri antum. Andai antum sedih, senyumlah meskipun ianya pahit.


Wallahua'lam, assalamualaikum. *Sorry sebab banyak melalut*


Updated by ; 

No comments: