-Bismillahirrahmanirrahim-
Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya,
terus diberi kepada beribu-ribu manusia.
Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya,
terus diberi kepada manusia-manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.
Dahulu, ketika Bilal mendapatnya,
terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.
Dahulu, ketika Sumaiyyah mendapatnya,
terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.
Dahulu, ketika Umar mendapatnya,
kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.
Itu dahulu.
Sekarang .. ?
Kita mendapatnya,
lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.
Kita mendapatnya,
lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.
Kita mendapatnya,
lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya .
kita merasa tidak layak,
padahal kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.
Bila mulai merasa layak,
kita melakukannya pula demi segugus nama.
Pedang yang tumpul harus diasah.
Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.
Musuh kita al bathil,
Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama.
Tawadhuklah.
Berusahalah !
Buatlah kerana mardhatillah.
Bukan kerana diri sendiri. =)
[Source]
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. - Imam Hasan al-Basri
#Entry susulan kepada entry yang lepas. Kepada 'penulis' entry tersebut, asifah sebab ana tukar perkataan muhrim kepada mahram. Muhrim ialah orang yang sedang ihram (mengerjakan haji or something like that, ), mahram pulak orang yang haram dinikahi. Boleh rujuk video ni. Wallahua'lam bissawab, assalamualaikum. =)
5 comments:
shukron ukhti..
jazakAllahu khairan kathira.. =)
tashih ; jazakillah, bkn jazakallah sbb ana perempuan ~
eh,, btul arh.. dk ingt.. asif ~
la ba'sa ~
jazakillahu khairan kathira ~~
Post a Comment